Search This Blog

Wednesday 29 May 2013

Cara2 Hilangkan Perut Buncit ,,

Cara2 nak kempiskan kebuncitan perut y melanda 

Assalamualaikum,,

skrang nie aq nak cer cket sal care2 nak kempiskan perut" kite "yang buncit,,huhu beselar bler perut buncit nie,ase x selesa cket sbb baju un ssh nak pkai an,,pastue nanti cpt rendah diri bab rse org sekeliling pndng kte cam nak gelak jer kan, so skrang der bbrp care :


1. Blueberries
Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.

2. Salad
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

3. AlmondsMUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.

4. Salmon
Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

5. Oatmeal
Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.

#nie lak sumber makanan y terbaek ntok elakkan prot buncit ,,


1. Serat 
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

2. Protein
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang panggang pula mengandungi banyak gula.

3. Enzim 
Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

4. Lemak sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi tenaga. 

#Hope Its Helpful :)

No comments:

Post a Comment