Search This Blog

Saturday 30 November 2013

Saka Si Penanggal

 Penanggal - facts & superstitions -



                                           #penanggal

Penanggal merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka seperti hantu raya, harimau puteh dan etc. Hantu penanggal dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang mengandung / baru melahirkan anak oleh tuannya.
Hantu penanggalan dikatakan membolehkan tuannya mampu menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.Orang cakap kalau nampak bebola api, penanggal la tuh.. Penanggal akan terbang kerumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.
Cara menghalang gangguan Penanggal dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin ataupun letak nenas,nenas kan tajam . Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut.kalo da tersangkut rosak la organ dalaman die. lepastu paham2 jela.
Mereka yang memelihara Penanggal dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut atau organ dalaman  sebelum masuk kembali kedalam badan asal.
Salah satu cara yang dikatakan paling berkesan bagi mengenal pasti pemilik Penanggal adalah dengan memusingkan jasad tanpa kepala yang ditinggalkan ketika mereka keluar mencari mangsa. Ini kerana apabila mereka kembali, kepala tersebut akan bercantum songsang dengan jasad mereka menyebabkan kepala mereka bercantum kearah kebelakang. Kepala menghadap kebelakang tubuh.ha tu makan die.

 Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, menghapuskan musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. so sentiasalah berbaik yang orang sekeliling kiter. hehe...
 Penanggal adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia iaitu saka. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah wanita yang baru bersalin tu kadang2 org cakap tumpah darah. Selain itu hantu Penanggal tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan so beware.Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik.so teman2 jauhilah perbuatan syirik. syirik nie dosa besar . kalo ikot logik plak Penanggal mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu sebab org dulu2 kan gune bidan ntok bersalin.ubat2 pom x digunakan secara meluas dulu2 just bnyk gne ubat tradisional an . cam mak aku ckpla kalo bersalin kat klinik doktor akan suntik ubat ntok prevent daripada berlaku tumpah darah. kalo bersalin ngan bidan x gune. mungkin itu salah satu dari logik yang masyarakat dulu kaitkan dengan penanggal.



#p/s:niehla antara fakta dan kepercayaan y ad lam masyarakat kiter y aku nak kongsi ngan korg arituh. hope its useful.. so lenkali kalo nampok bebola api, ker pape ker mulut tu jngn cabol sangadd kang ...

-sekian-

Friday 29 November 2013

Villa Nabila -Realiti & Propa-

Assalamualaikum dan slamat sejahtera . Kali nie aq nak tulis entri pasal incident yang menjadik perhatian satu malaysia beberapa hari y lepas,, hahaha ngan aku skali terjebak tapi naseb baik aq xla terpngaruh sangad ngan cerite tu just follow-up the story sbb aq minat sal2 hal mistik nieh... Okela btw korg tao x pasai villa nabila nieh? Cam.penoh.dngo.an? Ha3 sape y x tao tu meh aq citer cket.sal villa tuh,  tpi bnyk version up to korgla nak caye x caye ker aq just Share jer,
Versi-1: family nabila kene rompak, nabila kene rogol pastu kena tanam kat dinding
Versi-2: family nabila kaya, tapi suatu hari ayah nabila mengamuk pastu bunuh sume org dlm umah tu pastu bunuh diri seniri.
Versi-3:family nabila kaya raya pastu dorg kene rompak villa tu jadik semak samun.
Btw ade y cakap sebenarnyer name sebenar villa tu bukan villa nabila name dy Christine palace.
-Sejauh mane kebenarannyer wallahua'lam-
Bebalik kpd cite y menjadi hot sekejap y aq ckp td tuh cite dy cam lawak dan saket ati cket . Sbb ape? Meh aq cer.cket,  pagi ahad y lpas kecoh lam fb sal budak hilang 30 org.kat villa tuh.. Kirenyer kat wall fb.aq tuh penoh.Sal villa nabila.  Aq pom pelik bin ajaibla pastu aq scrol pnye.scroll kat fb.jumpela ad org post - pasai bdak hilang after enter to that place,looking to the villa's pic make me feel a little bit chill and wonder how the place is,, chewah speaking toq haha, n kat.villa tu da rmai org kerumun cam gule dpt semut yela nak tolong cari katanye, penohla org dri malam.smpai ke pagi.dan.ke petang org.duk.kerumun kat.situ.sampai jalan jem lah punye rmai org dtg kate ko. Ini membuktikan begitu prihatin rakyat malaysia kan kan? -,- haha pastu.plak tetibe heboh lak kat.tb ckp y sorg je hilang.mane.ader.30 org. Pastu ader pihak tb Len kate kabar angin.jngn pecaye,, so ini.membuktikan berlakunya konflik y x tao mane satu btol tngh pening2 pk tetibe Kat fb kuar plak dah jmpe bdak2 y hilang tu tp sparuh jela tpi x jmpe sume ag siap ngan gmbo skali,lpastu keadaan dorg plak mcm kene rasukla, dlm keadaan lemahla mcm2  papepom pencarian dtruskan. Mang kecohla kejap sal villa tuh. Pastu ari selasa tuh kuar kat brite bgtao y budak tu x ilang sebenarnye dy dok umah makwe dy.  tngok jer brite tuh tros aq ase cam nak tuut jer Dak tuh haha bukan aper  kesian kot kat org y carik budak tu dari pagi smpai ke mlm semata mata nak carik budak tu.tup tup kat umah.makwe dy upenyer cam siot jer. Haha aq plak y emo tetibe btw mang terbaekla dy satu mlysia kene prank ngan dy haha

#p/s:lenkali siasat dulu betoi2 jgn pecaye tros jer n jngn terlalu percaye khabo angin kat fb nieh kan da kene kencing haha

-Sekian-

Yuna - Nocturnal

Yuna release Nocturnal

                                  #yuna nocturnal deluxe cover album
Assalamualaikum salam sejahtera.
skrang aku nak cite lak pasal yuna, artis tempatan yang bernaung bawah david foster komposer terkenal kat hollywood.. 29 oktober baru2 nie dy baru lpas launch album studio baru die.dy gak keluarkan deluxe edition ngan penambahan 3 buah lagu lam tuh. bagi aku lagu dy y okeh, mountains,lights camera,bravest everything,call everyone,colours,someone who can. termasuk single dy ntok album tu rescue ngan lagu promotion nocturnal falling.falling diproduce oleh robin hannibal kalo x clap aku. rescue plak da keluar music video dy baru2 nieh gak. nie album english y ketiga dy asenyer, sebelum nie dy ada keluarkan 2 da album, Decorate(2011) ngan YUNA(2012). album self-titled dy bnyk gak lagu y mesra pendngr. cam lullabies, fading flower,tourist,favourite thing dan island. n lagu tourist dy penoh kluar dlam cite arrow.skrang cite arrow ad disiarkan kat tv3, ari selasa pukol 11. btw album dy dlm bentuk cd pom ad dijual kat malaysia bagi korg y x ad akaun i tunes. overall album dy yang latest nie not bad n best gakla. oke nie list track Nocturnal dy:

Nocturnal (2013)   
Falling
Mountains
Rescue
Lights And Camera
Lovely Intermission
Someone Who Can
I Want You Back
Come Back
Colors
I Wanna Go
Escape

Hanging On[Bonus Track]
Bravest Everything[Bonus Track]
Call Everyone[Bonus Track

okeh nie mv Rescue :

nie plak lagu falling :

#aq ase sampai kat sini jerkla kot, kalo nak dngo lagu len2 tu , carikla kat youtube ek .

-sekian-

Penanggal -the curse of malayan vampire-

Penanggal -misteri disebalik realiti-

 Assalamualaikum, selamat sejahtera.oke kali nie aku nak cite sal penanggal atau lebih dikenali sebagai balan2 di sabah. penanggal nie kalo x silap aku, mak aku cerite dy suke isap darah orang bersalin.korg tao jela kan dulu mane ade ag hospital2 nieh kalo nak bersalin mesti panggil bidan nyer.kalo ada pom hospital orang lebih percaya kat bidan untuk menjadi penyambut kepada anak mereka.yerla zaman dulula katekan. tapi skrang nie ader lagi kot org bersalin gune bidan cume skrang  smakin berkurg.oke meh aku cite sket citer y aku tao pasai penanggal nieh. 

Zaman dulu 90 an atau 80 an kot, ader sebuah kpg y aman damai . kpg tu x pernoh ader gangguan . sume pnddk kpg kat situ hidup aman dan bermuafakat. suatu hari dtgla seorg pompuan dari kpg sebelah,pompuan tu cantik pinggang cam kerengga bab kate org punyerla cantik.pompuan tu kerja ape aku lupe la plak. pastu dy sokmo pakai selendang tutup leher dy,rambut dy ikal mayang hitam cantik. kalo dy lalu dpan2 org2 kat warung bak kate org pahang kecor air liur, haha. tapi org cikit pom x prasan y knape dy slalu tutup leher dy. sampaila satu kejadian gempor ader sorg isteri kat kmpng tue keguguran sebb mase nak bersalin tu dy tumpah darah.dy da nak beranak tapi anak dy tak keluar ,pastu darah banyak kluar. kebiasaan rumah kampung kan tinggi, dkat dngn tmpt org nak bersalin tue dorg akan buat satu lubang kecik untuk darah org bersalin ni kluar ikot situ.kire senang la nak cuci ti.dipendekkan cerita kejadian y buruk tu smakin menjadi kat kpg nie n mrebak ke kpg2 y laen.so ramaila y takot dan berjaga2 dengan ape jer kemungkinan yang akan berlaku . dan ader sesetengah dorg pernah ternampak ada objek terbang ataupun bebola api sering berlegar2 dekat rumah org y tengah bersalin. kadang2 berlaku kejadian tumpah darah dan kdg2 ader y selamat bersalin dari sbrg gangguan.pastu org kampung mula syaki mesti ad org y menjadi dalang sebalik semue nieh. sampaila satu masa, time tu anak ketua kampung nak bersalin kot, tok ketua tu panggilla bidan, bidan pom dtglha ke rumah tok ketua tu, lpas segala persiapan da sedia, bidan pom tros ke bilik anak ketua tersebut. tapi dari petang sampai malam anak tok ketua tu x boleh gak nak bersalin.darah plak banyak keluar ikot lubang kecik yang macam aku cerita td. tok bidan pening x tao nak buat ape da. tok ketua mula rase x sedap hati. muka anak tok ketua tu pom da pucat da bab hilang bnyk darah pastu letih sbb anak dy x nok keluar. pastu tok ketua tu pom duduk kat parkin rumah die buntu x tao dah nak buat ape. tngah blur pikir pasal anak dy tuh, tetibe muncul sorg lelaki tua pakai baju puteh tegur tok ketua tu. org tua tu tadi pom bagi taola kat tok ketua suruh dy letak duri,mende tajam atau pagar kawat kat sekeliling bawah bilik anak dy tu then suruh cari badan n sorok  badan tu,pastu azan kat penjuru bilik menghadap kiblat. tok ketua pom tekejutla tetibe plak suh cari badan pastu sorok mase dy nak tnye blek org tua tu pom ilang.dy pom dngn tngah blur pergila jenguk kat bawah rumah, kat bilik anak dy y tngah nak bersalin tuh.dengan bantuan cahaya bulan,ngan lampu di sebalik cahaya lampu bilik anak dy tuh, dy nampak ad kepala tengah hisap darah melalui lubang kecik tuh.pastu nampakla lam samar2 usus,ngan sebagainya ad atas tanah. berderau gak darah tok ketua tu,n tanpa sengaja dy ternampak muka penanggal tu. barula dy tao saper sebenornya setan y ngah isap darah tuh. pastu tros dngn segera dy pnggil menantu dy n beberapa org lagi cari mende tajam ngan kawat besi , pastu separuh pergi cari badan si penanggal ni tadi.selang beberapa jam,lepas dorg siap pasang kawat besi n jumpe badan penanggal tuh tadi , tok ketua pom terus masuk dalam bilik anak dy dduk kat penjuru bilik ngadap kiblat pastu azan. x semena mena dengo org menjerit kat bawah rumah pastu bunyi mende tersangkut kat kawat besi td. pastue barula anak dy boleh bersalin. selepas penanggal tu berjaye ditngkap. tok ketua pom buat perjanjian ngan penanggal tu supaya jngn kaco pndduk kpg tu dan keluar dari kpg tuh.dan selepas daripada tuh pnddk kmpng tros x nampak dah pompuan yang cantik yang selalu ttup leher dy ngan selendang.
p/s:sebenonyer citer dy panjang so aku pendekkan,n citer ni bergantung pada korngla nak caye x tapi realitinya mende nie memang ader,nanti aku cer cket pasal penanggal nieh ngan asal usul dy, letih kot menaip,,huhu kalo ad slh tulis tu beselha typo cket huhu.. n nanti aku citer plak pasal filem penanggal arahan ellie suriati yang cambest jer cambest jer haha.okelah jumpa blek kat penanggal part 2 huhu =,='' 

-sekian-

Thursday 28 November 2013

Highland Tower - Lost tapes? -

Highland Tower  -cerita & tragedi-

#poster highland tower

Assalamualaikum , salam sejahtera ke atas semua ,kalo korg still engat aq penoh post dulu pasal highland tower kan.dan aku penoh ckp y aku teruje sangad ngan filem tuh .. btw filem tuh da pom kluar blan lpas kalo korg x tngok ag korg boley tngok kat astro first or etc. kat atas tuh poster filem dy. hurm.. bagi yang dah tengok apa pndpt korg ? teruje ? tngok pada trailer dy mang macam teruje jer  cambest jer , cambest jer , haha wabak syasya la nieh .tapi .. ader tapinyer pada aku tngok online kat tenet jerkla x rugi duit huhu sbb aper ?erm aderla sbb nye y aku akan ckp ti.. okela first expectation aku kat citer nie laen mase mule2 aku dngo yang dorg nak buat filem nie , rupenyer dorg buat laen. dorg menggunakan style filem lost tape yang macam org luar slalu  buat dan y aq penoh tngok cam citer troll hunter, citer zombie diaries,penunggu istana and etc. cume kebiasaan citer lost tapes nie watak2 dy akan mati atau hilang kat last dy tapi y nie penerbit dy piere andre nak wat watak dyorg idop.aku ngat ker dy wat citer camner higland tower runtuh ker, misteri sebalik bangunan tu runtuh ker .. haish pape pom jom tngok jap aq review sal serba sikit sinopsis pasal filem nieh :
review highland tower :
filem highland tower nie pasal mikael andre,shima dan kengkawan dy nak wat dokumentari pasal kewujudan entiti kat highland tower seperti yang selalu kite dengo.tempat tu kan popular ngan entiti entiti yang x bole nampak ngan mata dan popular ngan tmpt mat pet atau lebih senang ngan penagih dadah. idea tercetus nak wat doku pasal highland tower nie oleh mikael andre . dorg start operasi dorg mencari kebenaran kewujudan entiti tersebut pada waktu malam.lepas dorg berjaya dpt footage y pertama dorg ase cam nak carik lagi, teruje la , pas drpd tula start kejadian y menyeramkan.... nak tao pastu ape jadik tngok le seniri .. huhu
 ok nie plak trailer dy :


oke skrang aq nak citer sket aq pnye pndpt sal citer nieh , firstly citer dy memeningkan. sebab mangla dy wat citer genre lost tapes tapi rasenyer x perlu lah mcm amatur sangadd rakam gambo, nie jap cam zoom pastu biase pastu zoom balek . ase cam muntoh aku tngok. pening , pastu ad yang mcm x berape logik cam waktu y kawan2 dyorg hilang tuh, cam x brape logik pada akula bukan aper sbb dorg kan ad ltak kamera skali kat situ xkanla kamera tuh x tnjuk aper2 pastu dorg cam lupe ad kamera dorg x check kamera tuh tapi tros gi cari.. haish aku pom pening da nieh nak terang korg tngok seniri  baru korg tao.pastu y len2 tue okela cam real gakla. disebabkan aq tngok waktu pagi so x berape rasela seram die, kalo aq tngok malam mgkin rase gakla chill dy .. erm btw y len bolela tapi aq ase tngok kat intenet jela ag berbaloi haha.tapi setiap org ader pndpt dorg seniri sal filem nieh an,so this is my opinion.aku sikit disappointla ngan citer nie btw good job to the director.
erm btw citer nie dpt 4 juta kot kutipan dy boleh tahan gakla . pastu mase aq ngah skroll2 kat fb tetibe kuar satu video sal ad orang kene rasuk mase tngok citer nie kat pawagam.. erm terpulangla pada korg nak caye ke x kan.. ad org ckp dorg nak promot citer ny bagi org rase teruje nak tngok erm x taola bab aq tngok cam real jer org tue kene rasuk .. nie video tu : 

p/s:sebelum tengok citer nie makan ubat pening dulu,supaye ti x muntohh lpas tngok citer nie huhu..
 n supportla filem tempatan .
-sekian-

100 Doraemon Secret Gadget Expo First In South Asia

DORAEMON COMES TO MALAYSIA !! >,<

 
Assalamualaikum, selamat sejahtera .. 
buat sume fan doraemon (temasok aku hehe..) kali nie aq nak cer cket sal expo y jarang skali ad kat malaysia dan sebelom nieh aq bace kat majalah krejo gmpak jer sal exhibition camnieh.. sebelum tu korg sumer tao pasai doraemon kan?ker ade gak yang x tao , kalo ad y x tao meh aq citer cket sal doraemon nieh..:
review doraemon:
Doraemon adalah sebuah manga  popular yang dikarang oleh FUJIKO. F. FUJIO sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

 oke skang da tao da serba sket sal doraemon an kalo x tao gak nanti pergi jer ke kedai buku mesti ader jual manga atau komik doraemon nieh harga pom x mahal gak rm4.90 jer.. huhu  , skrang aq nak cer sket sal expo nieh , sblom ni, expo nie ad kat jepon jer kalo x silap,n taon nie dy akan dtg kat malaysia start dri 14 dec 2013 nie sampai 23 march 2014 asenyer kat viva expo hall.korang gak bole add dy kat LINE, n dorg gak ada sediakan teaser ntok expo tu. hehe
oke skrang korg tngok lu pic2 sal expo tu n promotion dorg sal expo tu =) :






#p/s:aku memang teringin giler kot nak pegi expo nieh sebab susah expo2 camnieh nak ader kat malaysia n tiket masok pom murah kot tapi x taola ag camner arap2 lpasla pegi ... huhu T-T

-sekian-

Saturday 23 November 2013

Johor.Cuti.Jumaat.Start.January.2014

Assalamualaikum, Lame da x update blog nie besawang da agaknyer huhu,, btw salam sejahtera kepada sesape y tngah bce ape y tlah dtulis nieh huhu
Erm arini johor da isytiharkan yang negeri johor akan cuti pada hari jumaat maknenyer same ngan kedah klate,ngan ganula cuti jumaat ahad kerja..erm tapi cuti nie akan dlaksana taon dpan, x lame dala,,  so wait n see jela what going to be next.. Erm...
-Sekian-
#xdapapedanaktlis -,-

Sunday 8 September 2013

Smoothie oreo

Assalamualaikum , selamat sejahtera,
Okela kali nie aq nak share camne nak wat smoothie oreo,y aq da mlantak smalam , huhu simple jer care wat dy x ssh mane pom,
First bhn2 dy dlu:
Oreo-3 ketul
Susu dutch lady-1cwn kecik
Ais krim vanila-satu skop
Ice-satu cwn kecik
Hiasan:
Oreo -1
Biskut rokok/wafer(y pnjng2 tuh)
Cara buat:
Blend sume bhn kecuali ice, bile da ancho msokan ice,blende ag smpai ancho,pastu tuang dlm glas pastu pchkan oreo tabur atas smoothie tu pastu ccuk biskut rokok tue, then siapla,,

Senang kan, bile2 un bole wat kan,, huhu

P/s :  soela x da gmbo ,sblom smpt snap smalam da beh kene telan da huhu

Saturday 17 August 2013

Mata Tak Berhijab 2 - a book about sixth-sense -

Sixth Sense - kekurangan @ kelebihan ? -


assalamualaikum, n selamat sejahtera okela skrang , aku nak cer cket sal sebuah buku terbitan produksi terbaik Masttika nieh , Mata tak Berhijab (MTB) , bg saper y penah bace buku nieh mesti tao buku nieh sal ap an ? bg saper yang x tao meh aq citerkan skit sal buku nieh , buku nieh mengisahkan tentang seorg y bernama zulkifli ahmad , y mempunyai sixth sense atau mate x berhijab , hijab adalah suatu halangan pada mata kita yang dicipta oleh ALLAH s.w.t supaya kiter x leyh nmpak mende2 makhluk halus nieh ,, ALLAH tlah mngurniakan mata y tidak berhijab kepada lelaki tersebut, so anytime and anywhere si pemilik mata nie dy leyh nampak mende tue,, so ader sstngah org ckp ianya kelebihan , dan ader gak y kate kkurangan , tapi setiap mende y terjadi tue ader hikmahnyer , ALLAH lbih tao dri kiter kerna DIA adalah sebaik2 perancang ,, so kiter x leyh nak predict sesuke ati kiter jerk,  disebabkan siri pertama MTB nie aq x beli , oleh itu aq x taola sngad citer dlm tue, tpi siri kedua aq beli so aq da abeh bce daa,, huhu siri kedua nieh bnyk menceritakan tentng Zulkifli nieh dy gi mendaki , so bnykla y dy jmpe time mndaki tue , dy gak ader menceritakan tntng kejadian mse dy tngah tlis bku nieh,ader something y terjadi , pastue dy kene gnggu time nak siapkan bku tuh,huhu seram la gak , pastu kejadian2 semasa dy kat institut pengajian , sal Highland tower , sal Ulek mayang n bnykla ag , so nak tao camno citer dy nieh , korg kenela beli seniri , baru korg leyh feel ,, seram doe kalo bace sengsorg ,, huhu ~

#nie buku pertama y aku x smpt nak beli ,, huhu x ader duet nak bli ,, huhu sob2

#y nie y kedua dan aku da abeh bace da,, leyh tahanla seram dy ,, ~
 #kepada sesape y x bace ag , dipersilakanlah beli , bab its a great story and it will chill u up , huhu btw citer nie kisah benar dri pengalaman dy seniri, sometimes bulu roma meremang gakla ,,, huhuhu

Ada Apa Dengan Nokia 501

Nokia 501 - SIMPLE N COOL~

Assalamualaikum, dan salam sejahtera ,,

okela kali nie aq nak post pasal Nokia 510 , y bg aq nampak cambest+smart ,, huhu kene kmpul duit ginih kalo nak beli huhu~ 

Jom Layan review nieh jap~

RM299 Nokia Asha 501
Datang dalam 6 warna cerah (shell/ casing boleh tukar), ramai memuji Nokia Asha 501 sebagai telefon pintar comel. Bentuknya kecil tapi segala pengalaman telefon mewah ada pada Nokia Asha 501. Nokia Asha 501 direkabentuk secara unik dalam dua bahagian; casing tahan lasak dan permukaan kaca display tahan calar, tiga inci tebal, skrin sentuh yang luas dan satu butang 'back'. Nokia Asha 501 dicipta bersaiz kecil tetapi penuh dengan features untuk melengkapkan pengalaman penggunaan telefon pintar dan hiburan secara mobile (on the go) serentak.

Nokia Asha 501 Cute

Bateri Nokia Asha 501 Tahan Sangat Lama
Nokia Asha 501 datang dengan bateri dengan kapasiti terhebat. 2G Standby Time (on tapi tak guna) maksimum selama 1152 jam (48 Hari!!). 2G Talk Time (masa bercakap) maksimum 17 jam. Music Playback Time 56 jam.
Nokia Asha 501 dilengkapi dengan semua ciri-ciri terbaru termasuk 'latest calls pinning', applikasi muzik dan applikasi (apps) mobile terkini pada satu skrin jadi anda sebagai pengguna boleh tukar (swipe) antara aplikasi dan pergi semula ke applikasi sebelumnya dan meneruskan kembali apa yang anda telah buat sebelumnya. Secara pantas dapatkan apps kesukaan, apps sosial networks, contacts dan apa yang anda rasa penting dalam hidup semuanya dalam 3 inci kompak skrin, dengan semudah swipe jari di skrin.

Nokia Asha 501 Compact 3inch screen

Nokia Asha 501 memang keluar dari kebiasaan. Nokia Asha 501 mempunyai personaliti tersendiri dengan bentuk slim candy bar (bar gula-gula nipis). Bentuk Nokia Asha 501 ini memang menonjol, rasa sempurna di tangan dan ringan, senang masuk poket seluar dan dalam beg tangan.
Internet Browsing & Applikasi Terbaik
Nokia Asha 501 datang dengan Nokia Xpress Browser yang dah pre-loaded (sudah dibuka/ berjalan), yang mengecilkan internet data sehingga 90%. Ini membuatkan pengalaman surfing internet menjadi lebih pantas dan secara tidak langsung menjimatkan jumlah penggunaan data internet, jadi anda dapat surf internet lebih lama. Browser dalam Nokia Asha 501 juga dilengkapi ciri tabs (seperti browser di komputer sebenar) untuk memudahkan anda surf internet, juga menjadikan surf internet lebih teratur.

Nokia Asha 501 6 Colors Shells

Banyak applikasi (apps) hebat disediakan dalam Asha 501 seperti apps Facebook dan Foursquare. Semuanya boleh dimuat-turun dari Nokia Store bagi memudahkan anda berhubung dengan rakan dan ahli keluarga. Bosan dengan itu? Nokia Store apps juga ada menyediakan games apps seperti Plant vs Zombies, Bejewelled 3 semuanya sedia didownload untuk hiburan anda pemilik Nokia Asha 501.

Ciri-ciri Nokia Asha 501

- 3.0" screen (tahan calar)
- Nokia Asha software platform 1.0
- 3.2MP camera (3X Zoom, 2048 x 1536 pixels, carl zeiss)
- 128MB internal / 64MB RAM
- WiFI + Bluetooth 3.0
- microSD support up to 32GB
- Micro SIM (2 SIMs slots)

Nokia Asha 501 Small Size Nice Shape

Harga Pasaran
USD99.00 atau RM299.00 Seunit
Source: http://www.lagubestbest.com/2013/07/rm299-nokia-asha-501.html#ixzz2cD7uZgQZ
#aku da survey da kat kdai kat tmpt aq , tpi harga dy RM300 something ,, mahal kot ,, tpi tokey tu ckp leyh kurg ag harga dy ,, manela aq nak crik duet nieh,, -,-" ~

Friday 2 August 2013

perkhidmatan makanan (amalan halal)


diploma perkhidmatan  makanan (amalan halal)


assalamualaikum,wassap?
selamat berpose wat sumer ! :)

lame ase x update blog nieh, rindu lak,huhu
okela nak tanye cket kepada sesape yang mengetahui diploma di atas leyh citer sket x sal dip tue? sal bayaran dy n so on, nak tao ngat sal dip tue ? hope somebody can help me ,,,

Saturday 22 June 2013

Mitos Batu Belah Batu Bertangkup ,Realiti atau Fantasi ?

Batu Belah Batu Bertangkup : kIsah Benar ?

Assalamualaikum, lame da aq x post kat blog nie , besela time internet lembab an, tue y malas nak bkak tue ,huhu btw kalinie aq nak post sal batu belah batu bertangkup nieh, y wat aq ase nak publish cite nie bkan aper , lpas aq tngok cite indon sal cite nie,aq ase mang jaoh bebeza ngan cite y kite slalu dngo an, sesape yang penoh tngok cite indon tu mesti tao aper y 6pak bebeza sangad,, okela lagi pon nie kan cerita dongeng rakyat yang aq ase, menarik untuk kiter tao,yerla menambah pengetahuan Am kan, ag pong kekadang citer lame2 nie bnyk pengajarannyer yang kiter leyh amekntok jadikan teladan,okeylah, aq ase korg un xnok bace da kan aq merepek memanjang nieh haha oke, enjoy the story :)

#its just a photo ,

Kisah Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah kisah lagenda yang terkenal buat masyarakat Melayu, khususnya diMalaysia. Batu Belah Batu Bertangkup mendapat nama sempena sebuah bongkah batu besar yang pada lagendanya mempunyai ruang mulut yang ternganga dan terbuka seperti sebuah gua atau batu terbelah dua, namun mengeluarkan suara yang kuat dan menyeramkan, dikatakan ia telah menelan ramai manusia yang memuja-mujanya untuk dimakan dan ditelan
Khabarnya, gua Batu Belah Batu Bertangkup terletak di Kampung Batu Belah, KaparKlang. Lebih tepat lagi di sebidang tanah kini dijadikan kompleks Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah. Menurut sisipan Jurnal, akhbar kontemporari Malaysia,Kosmo, bertarikh 13 November 2011, halaman 46. Wartawan Kosmo iaitu Megat Lutfi Megat Rahim telah menebual salah seorang guru sekolah agama berkenaan iaitu, Cikgu Mohd. Faeez Mohd Yassin, 32, tentang nasib yang berlaku pada batu yang dimaksudkan itu. Menurut guru tersebut, tiada lagi bongkah batu besar yang boleh ditemui di kawasan sekolah itu melainkan saki-baki batu yang bersaiz kecil yang kini mejadi milik persendirian, ini kerana bongkah batu besar itu telah diletupkan (dibomkan) bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan sekolah baharu.
Dalam temubual yang sama, wartawan Kosmo itu juga telah mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang Batu Belah Batu Bertangkup dari Ketua Kampung Batu Belah, iaitu Encik Salim Hassan, 64 tahun. Menurutnya, memang wujud bongkah batu yang besar di kawasan sekolah tersebut, namun batu itu terpaksa diletupkan kerana memberi laluan kepada pembinaan sekolah, lagipun batu itu sukar untuk dialihkan kerana saiznya yang begitu besar dan berat.
Pada awal tahun 1950-an, berdekatan batu besar itu juga terdapat sebuah kolam air semula jadi dengan struktur batu terbelah setinggi 2 meter pada lebar dan panjang bersaiz sama. Kolam air itu sering dijadikan sumber mendapat bekalan air seharian dan menjadi tempat bermandi-manda kanak-kanak kampung. Namun menurut Salim, tiada sebarang kejadian aneh berlaku disitu sepanjang hematnya bermandi-manda disitu. Cuma yang agak menghairankan adalah bentuk batu itu seaka-akan mulut manusia atau hidung manusia. Serta dalam jarak 500 meter radius dari bongkah batu tidak terdapatnya sebarang tumbuh-tumbuhan, serangga mahupun haiwan sedangkan kelilingnya dipenuhi hutan hujan yang tebal.
Batu Belah tersebut menurut Salim, telah mengalami 3 kali sesi letupan besar, pertama pada zaman British, diletupkan kerana terdapat aktiviti pemujaan batu beserta colok ditemui disekitarnya, kedua, ketika era penjajahan Jepun, bagi memberi laluan untuk pembinaan jalanraya, dan terakhir pada tahun 2006, dimana diletupkan bagi memberi laluan kepada pembinaan bangunan baharu sekolah agama tersebut.
Walaupun sebanyak 3 kali letupan dibuat, sisanya sehingga sekarang masih wujud tetapi dalam saiz-saiz yang agak kecil dan dialihkan ke kawasan lapang berhampiran sekolah. Pihak kontraktor sekolah pernah menawarkan untuk membina sebuah monumen sejarah berkenaan lokasi batu belah tersebut dan sejarahnya menggunakan batuan asal yang telah diletupkan, namun projek RM10,000 itu tidak dijalankan kerana mendapat bantahan kerana kos yang tinggi dan mengelakkan pemujaan.
Sebagai usaha lanjutan bagi memperingati nilai sejarah kawasan terbabit, terdapat 2 buah taman perumahan di pekan Kapar diberi nama sebagai Taman Bunga Melur dan Taman Seri Pekan sempena nama Si Bunga Melur dan Si Pekan. Lokasi kisah Batu Belah itu juga pernah dijadikan tempat bersejarah di bandar Klang diantara tahun 1980 hingga 1990.

cerita lagenda :

Kisah Batu Belah Batu Bertangkup merupakan sebuah kisah lagenda yang terkenal buat masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia. Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan KaparKlang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.
Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.
Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati.
Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama "Batu Belah Batu Bertangkup" untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari mengekorinya sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.
Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur sedang bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali hendak tidur. Si Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka. Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.
Si Bunga Melur dan adiknya Si Pekan meneruskan perjalanan sehingga tiba di Kampung Bukit Perah Lantan, mereka menemui Tok Batin yang melayani mereka dengan baik. Malam itu Si Pekan menangis tanpa henti walaupun dijampi Tok Batin sehinggalah dikalungkan dengan sekeping besi kuning di lehernya. Keesokan harinya Si Bunga Melur meneruskan perjalanan ke Kampung Bukit Kapar dan menumpang bermalam di rumah keluarga seorang petani dan tinggal di situ beberapa malam. Petani itu menceritakan kepada Si Bunga Melur tentang kegemaran Ratu Jayang Sakti menyabung ayam.
Tinggal satu kampung lagi untuk dituju. Si Bunga Melur dan adiknya meneruskan perjalanan dan tiba di Kampung Kerayung Tamarulan, di sini mereka bertemu dengan Nenek Kebayan yang tertarik dan bersimpati dengan penderitaan mereka berdua. Pada malam itu, Si Bunga Melur sekali lagi bermimpi didatangi orang tua yang sama. Kali ini menyuruh Melur meletakkan telur yang dibawa itu ke dalam sangkar ayam di belakang rumah. Tujuh hari lagi telur itu akan menetas dan peliharakanlah anak ayam itu sebaik mungkin. Orang tua itu meramalkan Si Pekan kelak akan menjadi juara ayam tersohor dan meminta Si Bunga Melur meletakkan besi kuning kalung Si Pekan ditaji ayam apabila hendak bersabung kelak.
Beberapa tahun telah berlalu kedua-dua mereka telah meningkat remaja. Si Bunga Melur kelihatan begitu cantik dan pandai mengubah bunga serta annyaman lain untuk dijual oleh Nenek Kebayan sementara Si Pekan sentiasa menang di gelanggang sabung ayam. Kemasyurannya sampai kepada pengetahuan Ratu Jayang Indera Sakti, raja negeri tersebut. Akhirnya Si Pekan diundang bersabung dengan ayam raja di istana. Bertemu ayam Jalak Bukit Berapit kepunyaan Si Pekan dengan ayam raja. Pertaruhannya, Si Pekan akan menjadi hamba raja sekiranya kalah dan berkehendakkan makanan serta pakaian dari istana jika menang.
Seperti biasa, ayam Si Pekan dapat membunuh ayam raja. Hulubalang dan bentara diperintahkan membawakan makanan dan pakaian ke rumah Nenek Kebayan. Di sana mereka terpandang akan kecantikan dan budi pekerti Si Bunga Melur, kakak Si Pekan lantas apabila pulang mereka pun menyembah maklum kepada Sang Ratu. Si Bunga Melur diperintahkan ke istana dan raja akhirnya tertawan dengan kejelitaan dan kesantunan Si Bunga Melur. Si Bunga Melur dikahwinkan dengan raja lalu diangkat sebagai permaisuri. Pada suatu hari Si Bunga Melur dilihat raja bermuram durja dan sentiasa termenung. Raja ingin tahu apa yang difikirkan oleh permaisuri baginda apabila melihat isterinya sedemikian rupa. Akhirnya Si Bunga Melur pun menceritakan tentang Batu Belah Batu Bertangkup yang telah menelan ibunya itu. Rombongan raja hadir ke hadapan gua batu tersebut dan raja sendiri memanah ke dalam gua yang menyeramkan itu. Sejak dari itu tiada terdengar lagi suara seram dan sebarang pergerakan dari batu tersebut.
cerite nie pong penah difilemkan dulu oleh Jamil sulong, citer nie mule tayang taon 1959, kalo korg rajen or terase nak tngok cite dy, leyhla search kat utube , tajok dy un same gak, kalo nak tao lebeyh lanjut rajen2 la tkan keyboard search kat google,
okela thanks to wikipedia n kalo nak tngok seniri or nak search kat wiki nie link dy :
hope enjoy the story n kalo suke ngan entri nie, ajen2la like ek :)


Friday 31 May 2013

Asrama , Oztel ?

Seram,, Cite Sal Asrama ,,


Assalam,,jom layan dlu citer nieh ,, hehe








oke,,enjoy the story,,hehe


Wednesday 29 May 2013

Puding Roti Caramel ~

Puding Roti Caramel~

#nie satu ag resepi aq nak share ngan korg

Assalamualaikum,,
 okela,skrang aq nak share ag satu resepi y sme gak cam y aq da post tue, korg leyh gak wat dri lebehan roti aiskrim goreng tue,,nak gne roti skeping2 pon bole,,



bahan-bahan:

5/6 keping roti
2 biji telur
3 tbsp gula
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 tsp esen vanilla

untuk karamel:
gunakan 2 tbsp gula~hanguskan dlm loyang~ketepikan

blender kan semua bahan2 di atas...tuang di atas karamel td

kukus selama 20 minit

sejukkan...sedap di makan sejuk2


 #hope its helpful, n selamat meng-try ~

Puding Roti ,,( sambungan post ais krim goreng aritu hu3)

How To make puding roti  (koya bI jap hehe)
Assalamualaikum,,

kan aritu aq ader post sal aiskrim goreng kan,, ha skrang aq nak citer lak kesah sembungan drpd y aq post tue,, oke kan biler kiter wat ais krim goreng tue ,kiter akan dpt lebeh roti yang camnie kan ?(rujuk gmba dbwh ha3):


lebeh dy y tepi tue,jngn pedulikan y tengah tue,y tngah tue eskrem greng ,, haha oke aq tao x lwk pong, erm sblom aq share camner nak wat puding tue an, aq nak bgtao cketla aq nie bukannyer minat sangat pong memasak nie,cume kdg2 teringin, tue y aq msk tue,,msk seniri lebih bermakna drpd org len y msk kan,, da lari topik plak,,hu3 ag satu kalo kiter buang lebihan roti tue,kan membazir namenyer,membazir tue amalan aper? amalan syaitonn,,kan2,, ha korg pong stuju kan,,

erm,skang nie kite tgok lu bhn2 dy :

roti-4 kping(tpi aq gne lebihan roti so bnyk gakla)susu cair - satu tin
telur -2 biji (telor ayam jngn telo puyuh lak)
gula-4sudu (kalo x nok manis kurang kan jela)
esen vanila-suke ati nak letak ker x nak letak satu sudu kecik
planta/butter-nak sapu kat roti
kismis/chocalatechip/chocalate rice- nak tabur atas roti tuh nanti

#penat tol menulis nieh = ="

1-okey skrang sapu planta/butter kat lebihan roti tuh,pastu susun lam loyang,da siap tuh                                        ltak kat tepi dlu,,

2- sekarang kiter letak susu cair,telur gula,kalo saper nak letak esen vanila un bole gak,kaco bio sebati,x yah gne alat dy pong x per,kaco gune sudu jerk,

3-okey bler da siap kacau td,amek la roti yang da sapu planta td,pastu amek lak adunan y dah dikacau td tuang atas roti tuh,,jdikla camnieh


4-pastue bler da siap tuang tue,kukusla kat tmpat pengukus,kkus lam 20-30 minitla,,cam tuela,,

5-skrang nie plak, bler korng da agak2 nak tutup api tue, barula korang taburkan kismis @ chocalate chips @chocolate rice,tapi jngn tabur awal2 tkot kmbng lak nanti,kalo kismis tu xpela,bab nak bg dy cpt lekat,,

6-okeh,bler da jdik camnie,x kirela camner un bntuknyer,sbb korg seniri y buat nanti kan,ha3 pastu letak dalam peti sejuk,bab puding nie kalo makan sejuk2 sedap gak,,


okla tue jerla kot,,enjoy when doing it,, hope its helpful n jngn membazir roti y lebeh2 tue oke ! :)
#p/s:gmbo2 nie aq amek kat google jerk,kebetulan ader y cam same an bedal jela hu3, aq lpe nak snap2 gmbo  = =" tpi resepi tuh ttp samela , selamat men-try ~

Cara2 Hilangkan Perut Buncit ,,

Cara2 nak kempiskan kebuncitan perut y melanda 

Assalamualaikum,,

skrang nie aq nak cer cket sal care2 nak kempiskan perut" kite "yang buncit,,huhu beselar bler perut buncit nie,ase x selesa cket sbb baju un ssh nak pkai an,,pastue nanti cpt rendah diri bab rse org sekeliling pndng kte cam nak gelak jer kan, so skrang der bbrp care :


1. Blueberries
Kajian menunjukkan blueberries dapat membantu membakar lemak pada perut. Walaupun blueberry itu disejukkan, ia dapat mengekalkan kebanyakkan ‘nutritional benefits’.

2. Salad
Sayuran hijau bukan sahaja mengandungi vitamin dan minerels, malah rendah kalori dan tinggi kandungan fiber. Makan salad pada makan tengahari dan ia dapat membantu anda memberi tenaga sehingga petang. Atau makan sedikit salad sebelum makan ‘main course’, anda akan dapati anda makan sedikit daripada biasa.

3. AlmondsMUFAs (monounsaturated fats) adalah bahan peting untuk membakar lemak perut. Almond adalah sumber terbaik untuk mendapatkan monounsaturated fats dan dapat membantu membentukkan perut kerana ia juga mempunyai sumber protein dan fiber sayur-sayuran.

4. Salmon
Mengurangkan penggunaan minyak dan pelbagai lagi sumber kalori tinggi adalah satu kepentingan. Pilih makanan berprotein tinggi seperti ikan dan tofu kerana dapat membantu membakar kalori apabila dihadamkan. Semasa memilih ikan, cuba untuk memilih tuna atau salmon kerana kedua-duanya tinggi kandungan omega-3s, dimana dapat membantu pembakar dalam badan dan mengawal kandungan hormon.

5. Oatmeal
Anda mesti terfikir untuk mengurangkan pemakanan anda, tetapi anda tidak semestinya untuk tidak makan atau ‘skip meal’. Makan makanan yang sihat pada waktu sarapan merupakan permulaan yang baik dan juga untuk metabolisma, membantu untuk mengawal gula dalam darah dan memberi anda tenaga sehingga makan tengahari. Oatmeal kaya dengan fiber adalah pilihan terbaik untuk bersarapan, jangan pilih oatmeal berperisa kerana ia kaya dengan gula.

#nie lak sumber makanan y terbaek ntok elakkan prot buncit ,,


1. Serat 
Makanan yang kaya dengan kandungan serat seperti bijirin dan biji gandum dapat membantu mengecilkan perut kita. Hal ini kerana makanan yang mengandungi serat boleh membuat perut berasa cepat kenyang berbanding dengan makanan yang kurang mengandungi serat. Disebabkan makanan berserat memerlukan waktu yang lama untuk dicerna, ia boleh membantu kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama sekaligus mengelakkan perut menjadi buncit.

2. Protein
Protein mempunyai fungsi yang setara pentingnya dengan serat iaitu dapat menahan rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Hal ini disebabkan makanan berprotein memerlukan kalori yang lebih banyak untuk menjalankan proses pencernaan berbanding sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan berprotien adalah seperti telur, ikan, daging dan kekacang. Namun, berhati-hati apabila menikmati kekacang kerana kacang yang digoreng mengandungi lemak jauh lebih banyak, manakala kacang panggang pula mengandungi banyak gula.

3. Enzim 
Enzim adalah molekul protein bertenaga yang penting untuk mencernakan makanan yang dimakan dan membebaskan nutrien di dalamnya. Makanan yang kaya dengan enzim seperti betik dan nenas juga dapat membantu melancarkan proses pencernaan. Selain itu, semua makanan yang mengandungi enzim sayur dan buah mentah memberikan peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh serta mengubah lemak pada perut yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh.

4. Lemak sihat
Makanan berlemak tidak selalunya menjadi punca buncit pada perut. Ia sebenarnya bergantung kepada jenis lemak yang kita makan. Lemak tak tepu sebenarnya dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan mengubah lemak pada perut menjadi tenaga. 

#Hope Its Helpful :)

Lipas Bahaya jika Dibunuh ?

Sebenarnyer Lipas Bahaye Dbunuh Sebab ,, ?



Assalamualaikum,,
oke skrang nie aq nak citer cket sal bhnyer bler kte bunuh lipas nie,, aq tao ny pong drpd akak aq,,cerite dy bermule camnie,,

'jngan bunuh lipas tue !' akak aq ckp,aq un tnyer blek ',kenape ?' dy ckp 'biler kite bunuh lipas tue,nanti kluar cacing halus drpd prut dy',,aq un tnye ag,'seisla kak ?,cacing pite ker cacing kerawit',, pastue dy bgtao dy da lpe cacing aper ,n then dy suh aq tnye kat pak cik google,,n then aq searchla,, korg bcela seniri kat bawah tue  :

okey,bhyenyer kalo kite bnuh lipas,
 sebab biler kiter bunuh dy gne seliper ker,gayung ker, or pijak dy,n kiter bnuh dy sampai mati ,mesti terburai perut dy an,mang adegan camnie slalu terjadi bler kte bnuh lipas tue,tapi skrang nie isi perut dy yang terburai tue y merbahaye coz, ,

dalam perut lipas,ader cacing yang lembut/halus yang akan hidup walaupon dy dduk luar dri tubuh lipas,pastue bler cacing nie da kluar di bdn (perot) lipas tue,dy akan bergerak mencari tmpt bru,,

cacing nie lak bentuk dy pendek amat,pastuehalus ngan lembut, dy akan terlihat ngan mate kasar kiter ble jarak sekitar 10-20cm,,



okeh care korg nak tngok cacing lipas nie,:
letak isi perut lipas tue atas kertas itam atau cermin ,nanti cacing kat perut tue akan bergerak2,

sangat bahaye biler cacing2 nie sentuh kulit kite especially kakila, sebab dy dpt msok melalui pori2 kulit atau biler ader luka yang terbuka di kulit luar ,, sekian

#camner korg caye x ?huhu

Monday 27 May 2013

Sony Ericsson TXT PRO , CK15i

Sony Ericsson TXT PRO ku ,, adoyai = ="


Assalamualaikum ,, oke,
 erm,,aku nak tnyer cketla an kepade sesape yang gune txt pro nie,,oke sblom tue jom usha pic encet tue,
oke,korg da tngok puas2 kan,,erm encet nie ok jer kalo korg nak tao dy der wifi,facebook,tweeter,opera browser dll, cume satu jerk encet nie y x best dy x der android,tue jerk,ag pong kalo tngok pade gmbo nie encet nie nampak cam cool+smart an encet nie bab bntuk dy y compact ngan slide tue,,pergh smart jer(bangge jap),hehe ,encet nie un xla beso sngat,beso cam tapak tangan jerk,tapi kalo tapak tangan beso cam gajah encet nie ag kecik lar,,huhu,,lek2 jngn mrh guro jer,,hehe urm,,ag satu kalo taip kat slide tue dy cam handy+style,,smartla mksodnyer,, tapi besela an mane ader brg y perfect,aq x brape nak suke sebab internet browse dy cam lembab cket(kalo x gne opera la),tue y kdg2 tensen gak tue, tapi wifi dy mang laju,,hu3 erm back to topic, aq nak tnyela kan kepade sesape yang pkai encet nie aq der  beberapa soklan huhu:

1-korg besenyer donlod game ntok encet nie kat maner?cer bg link cket hehe
2-encet nie mang x leyh gne theme ek? dy mang camtue jer ker theme dy?
3-pastue an korg donlod software dy y best2 n boleh gune katner?
4-korg tao x cover ntok encet nie camner,?

aq ase tue jer kot y aq nak tnye,kepade sesape yang tao jwpan bg soklan2 tue,,aq harap korg leyhla share cket ngan aq,,alaa korg bkanyer rugi ape2 un kalo share an, btw sharing is caring an,, hu3

#bagi sesape yang nak beli encet nie,digalakan kalo nak beli sebab encet nie x dela bad sangad bg aq,aq ase okey bg beginner y bru ase cam nak pakai encet,sbb dy lengkap sumer just not have android jer,,, tapi terpulangla pd korg an,,sbb korg y wat decision ,,cam aq abg aq y bg present ntok aq encet tue,so be grateful with what we have an, ? okela kalo korg nak tao lebeh lanjut sal enset nie leyhla korg tnye kat pak cik google ha3,kalo korg nak tngok kat utube un ader tutorial ble korg da bli encet nie,kalo mls nak crik,  x pong klik kat link bwh nie,,:


korg sumer leyh tngok review dy gak kat cnie :
#hope its help :)