Search This Blog

Friday 24 May 2013

skizofrenia , sejenis penyakit ,,

i wanna share some knowledge :D :

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.


Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa Greek σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.

credit : wikipedia

No comments:

Post a Comment